Thursday, September 3, 2009

Sabarkah diri?

Pejam celik pejam celik sudah 9 hari kita melaksanakan ibadah puasa.


Pagi ni hujan renyai-renyai…Aku turun dari kereta lebih kurang pukul 8.40am.Berdiri menanti dihadapan bus stop…menuggu bas untuk ke destinasi.Seperti kebiasaan ….jalan agak sesak dengan kereta…masing-masing mahu ke tempat kerja.Aku hanya menanti…dan terus menanti bas yang diharapkan tiba seperti biasa…Aku kaget,dah pukul 8 lebih…biasa bas dah datang.mesej dihantar kepada Ummi.Kata Ummi…tunggu je.. nanti ade lah bas tu. Baik lah…aku teruskan jua penantianku.Hmmm…baru aku tahu penantian satu penyeksaan!!!Aku teringat ungkapan arab yang dihafal ketika Kursus Intensif Bahasa Arab(KIBA).
“Laqod malaltu minal intizor,fal intizoru ‘azab!!!”

8:45,Terlintas juga dihati untuk pulang semula ke rumah.Tapi, saya cuba untuk membina kesabaran diri….ya,inilah yang dinamakan ujian…kesabaran. Tahap manakah aku?
Pukul 9 pagi…Alhamdulillah….Bas!!!Akhirnya….

Tak sia-sia aku menunggu…syukur Alhamdulillah, Ya Rabb! Kerna mengurniakan hamba-Mu ini pengalaman yang menguji kesabaran….Aku tahu…aku hanya insan lemah yang sering alpa.Hmmm…baru sedikit diuji…Jika diimbas kembali bagaimana Rasulullah menyampaikan da’wahnya yang penuh dengan ranjau ujian,sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.Baginda sangat terserlah kesabarannya dalam berda’wah sepertimana peristiwa di Ta’if, ajakan Baginda kepada kebenaran dibalas dengan dilempari batu.Tetapi, Baginda bersabar.Terlalu banyak kisah kesabaran Baginda. Kerna kesabaran Baginda jugalah Islam kini tertegak di Muka Bumi Allah ini…hingga kini.Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Contoh lain ialah seperti yang dapat dilihat melalui kisah hidup Zainab Al-Ghazali. Seorang wanita yang sabar dan tabah dalam usahanya mempertahankan Syari’at Allah.

Allah Ta’ala telah berfirman:

“Dan niscayalah orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang sedemikian itu adalah termasuk pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati”
(Surah as-Syura: 43)[1]

Hadith Nabi:

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Asyaj Abdul Qais: “Sesungguh nya dalam dirimu itu ada dua macam perkara yang dicintai oleh Allah, yaitu sabar dan perlahan-lahan-dalam tindakan”
(Riwayat Muslim)[2]

Di bulan Ramadhan ini, Ayuh, bersama-sama koreksi diri dan berhijrah, mengislahkan diri lebih baik dari yang sebelumnya!

-----------------------------
Rujukan

[1] Surah Syura:43
[2] Riyadhus Salihin karangan Imam Nawawi,bab74,ms726,Pengalih bahasa M. Abdai Rathomy,Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura

No comments:

Post a Comment