Saturday, October 30, 2010

S.U.N.Y.I

Lonely
Lonely by CaliCountryGirl on Zooomr

Assalamu'alaikum....

Semoga kita semua berada dalam rahmat-Nya...
Setelah sekian lama, blog ini sunyi dari sebarang input...
ada masalah pada laptop yang menyebabkan urusan blogger tergendala..
ruangan blogspot sukar untuk di'sign in'..virus menyerang..mungkin..

mmm...terkadang penulis terfikir,
apakah ini hanya alasan semata2 dari meneruskan blogging...?
"..tiada alasan dalam tarbiyyah..."
Ya Allah, moga dipermudahkan segala urusan..

jom Islah diri!
sebut..dan lakukan!..Istiqamah...

Ma'a taufiq wan najah!

>>terima kasih kepada sahabatku Qurratu Aini Afiqah kerana memberikan penulis peluang untuk update blog yg keSEPIan ini..mg Allah rahmati kamoo..

>>laptop Que,bayt halib,Irbid,Jordan

Tuesday, May 4, 2010

bintang...cita-cita

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang...




Adakah kita seperti yang disebutkan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni?
Punya cita-cita yang tinggi...
walau berada di bumi...jom sama-sama kita capai cita-cita tu agar ia mampu menjadi alat dalam mencapai...mendapatkan keredhaan Allah..insya Allah.

>>Peperiksaan dah dekat...apa preparation yang dibuat? ada? xde apa-apa?
>>pasti ada usaha dibuat kan? semoga Allah permudahkan segala urusan kita....Ameen.
>>Mulakan dari sekarang....masih belum terlambat...perbaharui niat.
>>Ingat semula matlamat sebenar kita...capai cita-cita,
>>Remember Allah...

Monday, April 12, 2010

Diri ini...




Diri ini…
Rasa sepi umpama sepinya malam…
Mengapa sesepi itu?
Kerana tiada teman?
Kerana tiada gelak ketawa bersama?
Atau kerana …
Ya, sepi kerana jiwa ku terasa gersang !!!
Gersang dek dosa-dosa yang menggunung ku kira…
Gersang pabila hati ini dibiar sepi tanpa siraman baja zikrullah…
Gersang kerana diri ini terasa jauh dari-Mu, Ya Allah!

Diri ini…
Mencari-cari adakah cintaku pada-Mu?
Atau cintaku pada dunia melebihi cintaku pada-Mu?
Astaghfirullah…
Ya Allah, Bimbinglah diri ini…
Yang kian hanyut…sepi….gersang!!!
Keperitan dalam kesenangan…
Apabila diri ini tidak mensyukuri nikmat kesenangan yang Kau limpahkan…

Diri ini…
Sedar…pintu taubat-Mu luas terbuka buat hamba-Nya yang bertaubat…
Kini, kurasai jiwa ini semakin dihambat rasa rindu pada-Mu…
Tapi, bagaimana?
Apa yang perlu ku lakukan untuk meraih cinta-Mu?
Beramal…tanda syukurku pada-Mu…
Kembali menghayati erti ‘Islam sebagai satu cara hidup’…
Praktikkannya dalam hidup diri ini
Kerana ia bisa kembali menyepi…
Jika diri ini tidak berusaha mendidik diri…
menyemai Iman yang kembali berputik..
agar ia tumbuh mekar dalam diri ini…
menghadapi hari-hari esok.

Oleh: Diri ini (3 Mac 2010)

Friday, April 9, 2010

mesej ...





Bismillah...

Tulisan dalam gambar di atas ialah mesej(sms) yang saya dapat daripada abah bila saya beritahu akan menyertai satu program kepimpinan. Mengingatkan peri pentingnya tarbiyyah dalam diri individu muslim...

>>> "blog ni dah berhabuk" kata seorang sahabatku.
>>> baiklah, kali ni saya hiaskan ia dengan mesej bermakna untuk motivasi
para du'at..
>>>semoga dirahmati Allah...

Sunday, January 31, 2010

A Thousand Times

Bismillahirrahmanirrahim...



http://www.youtube.com/watch?v=y20Yvglbh0c&feature=related

SELAMAT BERMUJAHADAH!!!

>>>jaga diri!
>>>jaga Iman!

Kita dahulu, sekarang dan akan datang?

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, kaifa halukum?

Moga Allah memelihara kita semua dan dirahmati-Nya.
Sudah hampir dua tahun zaman persekolahan saya tinggalkan. Sekolah? Ya…bermula dengan…
1)Tadika Al-Husna,Paka
2)Sekolah Rendah Islam Al-Amin,Kemaman
3)Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Kemaman
4)Sekolah Menengah Islam Hidayah,Johor….

Sekarang, menuntut di IPT….waktu yang agak mencabar. Pelbagai perkara baru yang dihadapi. Betullah apa yang sering diungkap oleh alumni2 sekolah dulu…. “time sekolah ni…kutip sebanyak mungkin ilmu(dari pelbagai segi) yang ada”. Ilmu2 yang diambil itulah bekalan untuk menghadapi di dunia luar.Saya akui, sedikit sebanyak ilmu2 tersebut sangat berguna dan membantu.

"العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر"
(Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah)

Terlintas di fikiran kata2… “Di IPT nanti memang tujuan utama kita adalah untuk belajar,tp…proses tarbiyyah juga perlu diteruskan”. Sememangnya kelihatan agak sukar untuk seimbangkan antara dua keperluan ini maka, di sini mujahadah diri sangat penting.Ya… Sangat penting ditambah pula dengan ujian2 yang mendatang.

"لا يكلف الله نفسا إلا وسعها"
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Al-Baqarah:286)

Walauapapun sekolah kita dahulu, atau diri kita….


SIAPAKAH SAYA , ANDA , KITA PADA MASA SEKARANG DAN AKAN DATANG?

"إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم"
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”
(Ar-Ra’ad:11)

Berdasarkan dalil di atas mari kita koreksi diri atau muhasabah kembali diri kita. Jika sebelum ini kita seorang yang bersifat negative, maka perlu ada keinginan serta usaha untuk berubah menjadi seorang yang lebih positif. Pedulikan pandangan orang lain, Ianya memang memeritkan disindir,diumpat,diperlekeh.. tapi, hasilnya dikemudian hari, i.Allah sangat menguntungkan terutamanya apabila kita mampu meraih redha Allah…yang bisa membawa ke Syurga.

MATA HATI

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
(kalau hati itu bersih)

Hati kalau terlalu bersih, pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih,firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori, bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir, tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia
(HIJJAZ)

Kitalah yang menentukan siapa diri kita. Lakukanlah perubahan secara berperingkat tetapi berterusan semoga kita terus istiqamah dengan perubahan yang dilakukan.Ingatlah, sesungguhnya kita semua sangat diperlukan di dunia ini untuk meneruskan da’wah(menyeru kepada Allah). Nak berda’wah? Mampu ke? Da’wah ini pelbagai cara,menunjukkan peribadi akhlak yang mulia juga merupakan salah satu cara da’wah kerana ia mampu menarik orang lain tertarik untuk mendekati seterusnya menjadikan Islam sebagai satu cara hidup .Renunglah Kalamullah ini:

"ياأيها الذين ءامنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم"
“Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
(Muhammad : 7)

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pemurah,Alhamdulillah…
Semoga hari2 mendatang lebih baik dari yang sebelumnya
Islam itu cantik bukan? Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajaran disebaliknya jika kita berfikir.

*Jom kita perbaiki diri!

>>> December 2009