Monday, April 12, 2010

Diri ini...




Diri ini…
Rasa sepi umpama sepinya malam…
Mengapa sesepi itu?
Kerana tiada teman?
Kerana tiada gelak ketawa bersama?
Atau kerana …
Ya, sepi kerana jiwa ku terasa gersang !!!
Gersang dek dosa-dosa yang menggunung ku kira…
Gersang pabila hati ini dibiar sepi tanpa siraman baja zikrullah…
Gersang kerana diri ini terasa jauh dari-Mu, Ya Allah!

Diri ini…
Mencari-cari adakah cintaku pada-Mu?
Atau cintaku pada dunia melebihi cintaku pada-Mu?
Astaghfirullah…
Ya Allah, Bimbinglah diri ini…
Yang kian hanyut…sepi….gersang!!!
Keperitan dalam kesenangan…
Apabila diri ini tidak mensyukuri nikmat kesenangan yang Kau limpahkan…

Diri ini…
Sedar…pintu taubat-Mu luas terbuka buat hamba-Nya yang bertaubat…
Kini, kurasai jiwa ini semakin dihambat rasa rindu pada-Mu…
Tapi, bagaimana?
Apa yang perlu ku lakukan untuk meraih cinta-Mu?
Beramal…tanda syukurku pada-Mu…
Kembali menghayati erti ‘Islam sebagai satu cara hidup’…
Praktikkannya dalam hidup diri ini
Kerana ia bisa kembali menyepi…
Jika diri ini tidak berusaha mendidik diri…
menyemai Iman yang kembali berputik..
agar ia tumbuh mekar dalam diri ini…
menghadapi hari-hari esok.

Oleh: Diri ini (3 Mac 2010)

Friday, April 9, 2010

mesej ...





Bismillah...

Tulisan dalam gambar di atas ialah mesej(sms) yang saya dapat daripada abah bila saya beritahu akan menyertai satu program kepimpinan. Mengingatkan peri pentingnya tarbiyyah dalam diri individu muslim...

>>> "blog ni dah berhabuk" kata seorang sahabatku.
>>> baiklah, kali ni saya hiaskan ia dengan mesej bermakna untuk motivasi
para du'at..
>>>semoga dirahmati Allah...